1. Dunia ICT pada masa kini telah banyak
membawa perubahan dalam pelbagai bentuk sehinggalah wujud pelbagai blog yang
mengandungi berita-berita semasa. Ia telah merubah cara kita berkomunikasi,
berinteraksi dan cara kita untuk mendapatkan berita atau hiburan. Terdapat pelbagai
berita dan maklumat yang terkandung dalam blog berita ini sama seperti laman
web yang biasa bermula dengan tajuk muka hadapan dan terdapat berita-berita terkini
bagi setiap segmen. Sebagai contoh, terdapat beberapa blog yang banyak berkongsikan
berita sebagai bahan tambahan dalam blog mereka untuk dikongsikan kepada pembaca
iaitu BBC, CNN, Harianblog.com dan banyak lagi.
Kelebihan yang terdapat dalam blog
berita ini adalah maklumat boleh disebarkan dengan lebih pantas dan secara meluas
melalui internet. Pembaca akan dapat memperoleh berita secara terus menerus dengan
menggunakan telefon pintar atau komputer. Pembaca juga boleh memberikan komen dalam
setiap blog berita yang dikunjungi kerana setiap blog berita menyediakan ruang komen
dan maklum balas kepada pembaca blog tersebut. Ruang komen dan maklum balas ini
disediakan untuk memudahkan pembaca untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Jika
dibandingkan dengan berita online yang lain, ruangan komen itu adalah terhad kerana
sesiapa sahaja tidak boleh untuk memberikan komen yang berlebihan kerana masih
terletak dibawah undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan Negara kita.
Berbeza dengan blog berita ini, sesiapa sahaja bebas dan boleh memberikan komen
kerana ia adalah terbuka.
Walaupun terdapat banyak kelebihan
yang diperoleh melalui blog berita online ini, tetapi kita mungkin masih tidak
berpuas hati terhadap maklumat yang diberikan itu ada yang kurang jelas dan
kelihatan kabur tanpa penjelasan yang lebih spesifik. Walaubagaimanapun, blog
berita ini tidak boleh dipercayai sepenuhnya. Hal ini kerana kebanyakan maklumat
dan berita yang disampaikan itu kurang tepat dan tidak ada kesahihannya. Selain
itu, blog berita ini kebiasaannya tidak mempunyai sumber yang boleh dipercayai kerana ia hanya berdasarkan pendapat pengguna blog itu
sendiri.
Blog berita BBC |
2. Dalam blog
berita online ini, pembaca bebas untuk memberikan komen dan pendapat
masing-masing mengenai sesuatu isu dan berita yang dikeluarkan dalam blog
tersebut. Sebagai contoh, blog berita online iaitu BBC ini menyediakan ruang
komen untuk pembaca memberi respon terhadap berita yang dipaparkan oleh mereka.
Setiap pembaca bebas untuk menyuarakan pendapat mereka terhadap sesuatu perkara
kerana mereka juga mempunyai hak untuk bersuara. Tetapi, komen yang diberikan itu hendaklah berpatutan
dan tidak digalakkan untuk menyentuh sensitiviti orang lain sehingga membawa
kepada komen yang berbaur hasutan.
3. Blog berita
online yang sesuai untuk dijadikan sumber informasi yang baik untuk pembaca adalah
British Boardcasting Coperation (BBC). Kandungan berita dalam blog BBC ini amat
baik dan mempunyai nilai dan ciri-ciri berita yang sahih serta boleh dipercayai.
Blog berita online ini amat memudahkan kita sebagai pembaca untuk mengakses
setiap berita yang baru dan lama yang telah dikeluarkan. Tetapi perlu
berhati-hati dalam memilih blog berita yang dibaca kerana terdapat beberapa
blog yang sering memutar belitkan berita sehingga berita itu menjadi sesuatu
yang tidak benar. Bagi saya, saya akan memilih untuk membaca akhbar yang
bercetak berbanding blog berita online kerana sesetangah blog pada masa kini
banyak menyiarkan berita yang tidak tepat dan hanya membuat andaian sendiri
tanpa membuat sumber rujukan. Sebagai pembaca, kita hendaklah bijak dalam
meneliti kesahihan berita yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berdasarkan
sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Rujukan
http://arifict.dapat.com/
Selaras dengan peredaran zaman, perkembangan dunia teknologi juga turut berkembang dengan majunya. Mendapatkan berita secara mudah, cepat dan padat merupakan salah satu faktor menarik minat para pembaca. Pada zaman dahulu, manusia masih lagi menggunakan perkhidamatan surat khabar yang dihantar rumah ke satu rumah lain, namun kini ianya sudah berubah dengan pantas seiring dijamah waktu. Pada masa kini, setiap individu yang mempunyai kemudahan media baru seperti telefon bimbit dan internet mudah diakses amat mudah bagi mereka yang penggemar berita baru. Oleh itu, berita seperti ini amat mudah untuk di akses di mana-mana sahaja justeru dapat di tambah baik dengan feedback daripada para komentar.
ReplyDeleteSeperti apa yang Ika bagitahu, blog berita sememangnya menyediakan ruang yang besar untuk kita memberi pendapat dan pandangan. Ruang ini menunjukkan bahawa kebebasan bersuara didapati di blog berita jika berbanding dengan berita atas talian yang lain yang memerlukan “log in” untuk meneruskan pembacaan ataupun komen. Akan tetapi, kebebasan yang terlalu besar juga menyebabkan masalah yang serius berlaku seperti menimbulkan pergaduhan dalam alam siber semasa komen, menyebar informasi yang salah, menyinggung perasaan orang lain dan menuduh yang seterusnya boleh menyebabkan seseorang itu dihantar ke mahkamah atas “defamation”. Komen-komen jenis ini akan membawa kesan yang amat negatif kepada masyarakat yang boleh menyebabkan keharmonian masyarakat terjejas. Bukan sahaja informasi sesetengah blog itu tidak boleh dipercayai kerana kredibiliti yang rendah, komen-komen juga perlulah kita fikirkan sebelum mempercayainya. Apakah pendapat ahli-ahli lain tentang ruang komen yang bebas ini di blog berita?
ReplyDeleteBlog kini mendapat sambutan yang baik, digunakan untuk saluran berita media baru. Seperti yang dikatakan oleh Ika, para pembaca perlulah peka dan bijak dalam memilih blog berita terutamanya untuk dijadikan bahan bacaan. Blog berita berkualiti seperti BBC yang menyalurkan informasi benar sahaja yang boleh dipercayai. Disebabkan terlalu banyak blog yang menyebarkan khabar angin ataupun berita yang palsu, menyebabkan pembaca dipengaruhi dengan fakta yang tidak benar. Akibatnya, berita yang telah ditokok tambahkan akan tersebar dengan meluas. Seperti kejadian MH370, sebelum disahkan dengan bukti yang kukuh, banyak berita palsu yang mengatakan MH370 telah ditemui di lokasi yang berbeza-beza. Banyak pihak terutamanya saudara mara ataupun kawan-kawan tersayang mangsa kejadian yang akan dipengaruhi dengan berita palsu ini. Hal yang meliputi hidup mati dan serius tidak patut dipandang ringan.
ReplyDeleteI think this news blog is actually good for public, let's not discuss about the content first, but at least it shows the audience the other side or other media tone compare to news from mainstream media. It is also a new platform, for readers to receive information and latest news.
ReplyDeleteAs news blog is free from agenda setting, it could be say that news blog report news in a much more neutral tone compare to mainstream media that have bias.
However, the credibility of news blog is a very crucial thing to think. Do you trust what had been reported from news blog? Do you know where is the news source from? Any evidence to prove?
IF a information delivered by news blog is without evidence and proof, it is consider as rumors, and rumors kills people.
Be careful while reading online, be a smart reader.
Saya setuju bahawa blog berita online menjadi satu sumber informasi yang baik untuk pembaca. Tambahan lagi daripada saya, maklumat-maklumat yang dimuat naik di blog beirta dapat menarik perhatian daripada pembaca seperti, reka bentuk blog yang menarik, gambar-gambar yang lebih jelas dan berwarna serta font yang digunakan tidak sangat formal berbanding dengan akhbar yang bercetak. Selain itu, berita yang dimuat naik ke blog tersebut dapat menambah video-video yang boleh menerangkan lebih jelas terhadap isu-isu yang tertentu. sebaliknya, blog berita secara online juga mempunyai kelemahannya. Pada pendapat saya, ruang komen yang disediakan untuk pembaca meluangkan perasan mereka terhadap perkara tersebut. Kami tahu bahawa blog sebagai salah satu saluran yang membolehkan pembaca meluangkan perasaan, memberi pendapat dan berkongsi pengalaman mereka. Oleh sebab itu, pembaca selalu menyalahgunakan blog itu untuk mengeluarkan perasaan yang terlalu melampau seperti mengeluarkan perkataan-perkataan yang kasar atau bercakap bukan-bukan di ruang komen tersebut. Hal ini dapat menyinggung perasaan pembaca lain dan berlaku kegaduhan dengan orang lain.
ReplyDeleteIn perceiving these news blog, personally I think, the blog readers should have critical thought and be able to balance whatever news that he received in news blog.
ReplyDeleteA blog is created with a specific aim. For instance, the politic based news blog by authors with Malaysian nationality. Some are in the side of opposition, thus, without further thought, the blog is likely to be created as a pro-opposition's blog, whereas a pro-government citizen is likely to create blog which is pro-government.
A blog reader is supposed to read the posts objectively and bias-free. He should has put some effort to find out the neutral point within the blog posts that he had read. As JDen said in the end of his comment, he mentioned that rumors kill.
Thus, it is crucial for one to find out the truth, balancing the information provided in positive and negative, for the posts of an issue he has read on.