Apa itu Globalisasi?
Pada masa kini, pasti ramai yang meletakkan diri
mereka sebagai manusia yang hidup pada era modenisasi. Bola bumi yang berputar
dapat dirasakan betapa cepatnya waktu berlalu dan perubahan kehidupan manusia
juga rancak seiring peredaran zaman. Meskipun begitu, terdapat beberapa
bilangan individu yang masih lagi tidak tahu tentang makna perkataan
‘Globalisasi’ malah, tidak kira tua atau muda, tahu membaca atau tidak. Semua
golongan individu yang mendiami muka bumi ini telah mengalami ‘Globalisasi’ dan
harus mengambil tahu akan konsep sebalik perkataan tersebut. Oleh disebabkan
itu, saya ingin berkongsi maklumat dengan pembaca luar sana apa itu Globalisasi?
Source: https://www.youtube.com/watch?v=JJ0nFD19eT8
Mengikut
pemahaman saya, globalisasi adalah satu proses yang meletakkan manusia tinggal
dalam satu rumah atau bumbung dan tidak mengira bangsa, agama, dan negara.
Ataupun dengan lebih jelas lagi iaitu sebuah keluarga yang tinggal sebumbung
bersama. Menurut Kamus Dewan, globalisasi dapat didefinisikan sebagai fenomena
yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan
kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala, para cendekiawan Barat
pula berpendapat bahawa globalisasi merupakan satu proses kehidupan manusia
yang serba luas dan infiniti yang merangkumi segala aspek kehidupan termasuklah
politik, sosial dan ekonomi. Hal ini jelas bahawa segala benda yang terdapat di
muka bumi ini adalah menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.
Selain
itu, globalisasi juga merujuk kepada cara kita berfikir dan bertindak dari satu
negara ke negara yang lain. Seperti yang dikatakan oleh pemikir Barat iaitu
Lodge (1993) berkata bahawa
“... a process
forced by global flows of people, information, trade and capital. It is
accelerated by technology which is driven by only a few hundred multinational
corporations and may be harmful to the environment. Therein lies the conundrum
of whether it is wise to leave globalization in the hands of these few
corporations, or might it not make more sense to seek greater involvement from
the global community”.
Banyak
contoh aspek yang boleh dilihat corak kehidupan kita dalam bentuk globalisasi.
Salah satu contoh ialah budaya makan. Kalau dulu zaman nenek moyang hanya dapat
makan makanan ruji seperti nasi, namun kini kita berpeluang untuk makan makanan
ruji negara orang dengan mudah sahaja. Sebagai contoh, makanan popular budaya
Amerika iaitu Mc Donald di mana mempunyai anggaran premis restoran sebanyak 10,
500 di 50 buah negara di merata dunia.
Malah, orang Amerika juga dapat makan makanan kita yang terdapat di Malaysia
dengan kemudahan teknologi dan maklumat. Mudahkan?
Namun
begitu, proses globalisasi yang diamalkan di seluruh negara juga mempunyai
kesan buruk kepada masyarakat. Antara kesan buruk yang dapat dilihat ialah gaya
hidup bebas yang semakin menular dalam kalangan remaja kini. Sebagai contoh,
kes pembuangan bayi yang semakin meningkat yang disumbangkan oleh ramai
golongan remaja yang terlanjur. Hal ini disebabkan komunikasi yang tidak sihat
antara remaja lelaki dan perempuan. Di samping itu juga, kesan lain yang jelas
kita lihat dalam kalangan masyarakat kini ialah sikap cenderung mementingkan
diri sendiri iaitu tidak mempedulikan masalah yang dihadapi oleh orang lain.
Malah, masyarakat yang hanya tahu untuk menjaga hal keperibadian masing-masing.
Mata
pena semakin haus menelaah konsep apa itu globalisasi? Diharap perkongsian
maklumat ini dapat lagi disebarkan untuk kebaikan bersama J
References:
Vaagan, R. (Ed)(2008). New Media, Mediated Communication and Globalization. Intercultural Communication Studies, 17(3)(184).
Kamus Dewan Edisi Baru(1993). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan Edisi Baru(1993). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Globalisasi dengan adanya teknologi telah menyebabkan jalinan komunikasi semakin mudah dan canggih. Manusia dapat berkomunikasi dengan sesiapa pada mana-mana masa dan mana-mana tempat sahaja. Hubungan telah menjadi lebih erat. Jarak tidak lagi menjadi satu halangan untuk berkomunikasi dengan orang yang sayang tetapi berada di luar negara. Walaubagaimanapun, dalam aspek komunikasi, globalisasi membawa keburukkan. Sebagai contoh, kes buli dalam siber telah meningkat dan kes rangkaian juga telah meningkat. Tidak boleh dinafikan bahawa globalisasi membawa manusia dari seluruh dunia lebih dekat, tetapi tetap ada keburukkannya. Manusia hendaklah sentiasa berwaspada. Konklusinya, saya berpendapat bahawa globalisasi membawa lebih banyak manfaat berbanding dengan keburukkan. Apa pendapat rakan-rakan yang lain? :)
ReplyDelete* rangkaian menipu
DeleteGlobalisasi adalah satu proses kehidupan yang luas dan perubahan seluruh dunia merangkumi pelbagai aspek yang boleh dirasai oleh semua manusia. Saya setuju dengan pandangan Fatmah mengenai globalisasi ini dan lebih memahami apa itu globalisasi. Kehidupan kita pada masa kini yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi yang canggih adalah disebabkan globalisasi dunia yang semakin berkembang. Perkembangan ini menyebabkan perhubungan di antara sebuah negara dengan negara lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Hal ini juga menyebabkan jarak sosial menerusi kuasa teknologi yang canggih seperti jet penerbangan, satelit dan pelbagai inovasi lain dapat menggerakkan individu, idea dan barangan menyeberangi sempadan ruang dan masa dengan begitu pantas. Globalisasi ini sangat berpengaruh dalam aspek kehidupan manusia. Ada sesetengah yang dapat menerima seperti generasi muda, masyarakat dengan status sosial yang tinggi dan juga masyarakat dibandar-bandar besar. Globalisasi ini banyak memberikan kepentingan kepada kita dan haruslah bijak dalam mendapatkannya. Berdasarkan apa yang saya fahami berkaitan globalisasi ini, terdapat tiga pendekatan mengenai globalisasi ini iaitu world-system theory, global culture theory dan global society theory. Ketiga-tiga teori ini banyak membantu saya dalam memahami lagi globalisasi dan apa kepentingan serta hasil daripada globalisasi ini terhadap negara-negara yang membangun dan yang sedang membangun.
ReplyDeleteGlobalisasi, pada umumnya fokus banyak pada kesan positifnya hingga kesan buruknya kita pinggirkan. Tidak diperbesarkan bukan bermaksud tidak wujud masalah tersebut. Walaupun seperti yang dikatakan oleh Sandy dan Fatmah akan segala kebaikan yang disebabkan oleh globalisasi, tetapi campur tangan banyak pihak hanya akan membawa keburukkan. Seperti yang dikatakan dalam pepatah English, “Too many cooks spoil the brooth”. Disebabkan kejadian globalisasi ini terlalu kompleks dan melibatkan banyak faktor lain, kesan sampingannya memberi impak kepada masyarakat. Kesan baiknya memang tidak boleh dinafikan, dengan wujudnya teknologi yang semakin canggih. Akan tetapi, masalah seperti eksploitasi, penipuan, jenayah dan penyalahgunaan kuasa tidak harus diketepikan. Walaubagaimanapun, globalisasi ini akan terus memainkan peranannya. Manusia sendiri yang harus berwaspada dan menjauhkan diri daripada menjadi mangsa kesan negatif globalisasi ini.
ReplyDeleteGlobalization is a one way movement that only move forward, no back turn. Globalization always associate with the terms such as advancing, technologies and modernization.
ReplyDeleteIn my opinion, is a good thing in general. It helps not just economically, but also makes the distance between country become smaller.
The key element that enable globalization process is Internet. Internet makes everything possible.
Internet act as the bridge to link different country, make business transform from conventional mode into online business, not just cutting out a lot of cost, but also become more convenient in publicity an promotion.
Besides, globalization makes exchange of knowledge became easier, scholars from different country can have discussion or conference via Internet, makes academic discussion conveniently, creates a educational friendly environment.
Globalization, in my opinion, is aimed to standardized the society by sharing the same values and culture, if possible. However, human beings are very selective. Through the sharing process, people tend to select the elements they are willing to cope with and ignore those who they think it is against them. Thus, instead of saying it is a sharing, I would like to argue it as a emergence. Globalization is about to emerge the culture or values that one is likely to perceive with their own values and beliefs, up to the extend they are able to accept it.
ReplyDeleteI believe the unhealthy communication, as mentioned above, is derived from the youngsters' friendly attitude. More youngsters like to make more friends, especially friends from other countries, in order to understand the differences between culture. However, as they are not mentally matured enough as an adult do, they are too naive to analyze the situation and condition they are facing correctly.
Thus, such cases like baby dumping is easily to be happened among young people as some of them are too naive to detect free-sex behavior.
Saya setuju apa yang diberitahu oleh JDen Choo. Globalisasi ialah perubahan kehiduapan manusia yang tidak boleh mengundur sama ada mengekalkan atau meningkatkan taraf kehidupan. Setiap kemajuan dari segi ekonomi, social ataupun teknologi mesti mempunyai kelemahan atau keburukannya. Oleh itu, kita boleh menikmati kebaikan yang dihasilkan daripada kemuajuan teknologi dan cuba mengelakkan penyalahgunaan kebaikan teknologi. Sebagai contoh, kewujudan internet telah membawa banyak manfaat kepada masyarakat. Pada zaman dahulu, kita perlu membeli kamus atau buku-buku yang tebal untuk rujukan akademik tetapi zaman globalisasi sekarang telah bermula penggunaan internet sepanjang masa. Apa-apa perkataan yang tidak fahami atau maklumat yang lebih lanjut diperlukan, hanya perlu "Google search". Segala maklumat dapat dicari secara online dengan cepat.
ReplyDeletePada pengalaman saya, sepupu saya yang belajar Tahun 5 menhadapi masalah kerja sekolah yang tidak tahu buat. Soalan-soalan tentang pelbagai jenis ikan perlu diterangkan juga mencabar pengetahuan saya. Saya mengajar dia mencari maklumat dari google. Walaupun pelajar-pelajar tidak dapat membawa telefon bimbit atau komouter riba semasa pemeriksaan, tetapi mencari maklumat yang lebih lanjut secara online boleh membantu mereka lebih memahami kerja sekolah mereka