Saturday, 2 May 2015

Blog : Cikepal vs Womens Health

Hello..

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai dua blog yang saya sering kunjungi di laman internet ini iaitu cikepal.blogspot dan womens health blog.

Pada mulanya saya tidak berminat untuk membaca blog-blog ini, tetapi kawan saya banyak berkongi mengenai blogger-blogger yang terkenal dan banyak menyentuh mengenai soal kecantikan dan kesihatan, makanan, tempat-tempat pelancongan, pelajaran dan juga politik. Tetapi saya kurang berminat untuk mengunjungi blog yang banyak menyentuh isu-isu berkaitan politik dan hanya tertumpu pada blog kesihatan dan pembuatan kek.

Saya gemar membuat pelbagai jenis kek sehinggalah mencari pelbagai resepi di laman internet dan akhirnya terjumpa sebuah blog yang banyak berkongsikan mengenai resepi membuat kek yang sedap. Blog tersebut adalah blog cik epal. Saya amat berminat untuk membaca blog cik epal ini kerana beliau banyak berkongsiakan pelbagai resepi untuk  membuat kek dan makanan lain. Selain berkongsi mengenai respi makanan, cik epal juga banyak berkongsi mengenai produk-produk kecantikan, kesihatan dan banyak lagi.
blog cik epal

Selain itu, blog kedua yang saya kunjungi adalah blog yang banyak memberi tips kecantikan dan kesihatan kepada orang ramai terutamanya kaum wanita. Blog ini adalah womens health blog  yang banyak berkongsikan mengenai kesihatan, kehidupan seharian, tips-tips kecantikan dan banyak lagi. Blog ini sesuai dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat terutama kaum wanita yang banyak menjaga mengenai kesihatan dan kecantikan. Selain itu, trend pemakaian terkini sering dikemaskini dalam blog ini. Saya sendiri suka mengunjungi blog ini kerana banyak manfaat yang saya perolehi berkenaan cara pemakanan yang betul ketika sedang dalam diet.
womens health blog

7 comments:

  1. Pada pendapat saya, setiap blog mempunyai tujuan dan mesej yang ingin disampaikan. Seperti yang dikatakan oleh Ika, kedua-dua blog tersebut memberi infomasi yang berguna terutamanya para wanita. Perbandingan blog Cik Epal dan Women's Health sama ada dalam segi persamaan ataupun perbezaan sebenarnya tidak memberi impak/ mesej yang jelas. Apakah tujuan perbandingan dua blog ini sebenarnya? Saya setuju bahawa kedua-dua blog ini memberi banyak pengetahuan terutamanya kepada golongan wanita seperti tips- tips kecantikan, resipi makanan ataupun fesyen terkini yang dikongsi bersama. Dalam dunia berteknologi tinggi ini, banyak “apps” yang berkongsi pengalaman, produk dan fesyen. Bukan sahaja blog, tetapi terdapat cara yang lebih senang seperti “Instagram” yang kini amat popular dalam berkongsi tips kecantikan dan fesyen terkini. Dalam “Youtube” pula, resipi memasak bukan sahaja diberi malah juga direkod dan disiarkan untuk kesenangan semua. Oleh itu, soalan saya yang ingin ditujukan ialah, apakah kebaikan blog dalam menyalurkan mesej dibandingkan dengan saluran media yang lain?

    ReplyDelete
  2. Personally I am not a blog lover who will always go on blog to check on new updates. Although I am not, I still have several friends who always do so. Through their experiences, what I have observed is, they only read blogs of friends of them who have the habit to post new blogs, and they get themselves updated with incidents happened on their friends.
    As agreed to what Mei Sann has said, every blog must have its purposes and messages to be told. But, from those blogs I have heard from my friends, it is mostly based on their personal life experiences, in other words, blog may regard as e-dairy for them. The content is somewhat like "My boyfriend has finally admitted that he has third party in our relationship", "how do I feel today", "what has destroyed my friendship" etc.
    Such exposure of life incidents, the contents are somehow immature in the way of expressing it. But, I bet, the purpose they wrote this is to release their emotions through words. It is almost similar to blogs that talk about political issues, just that this is more personal and rarely have readers who are willing to follow unless the followers are interested to the author's life events.

    ReplyDelete
    Replies
    1. For me, I usually read some blogs which based with stories or poetry, especially when I am emotional or down.
      Reading blogs for me is like reading other people past experience Nd stories, is a life sharing process for me.
      Reading blogs Is a knowledge gaining process, for free, I learn new things from everything I read from blogs.
      Is it a good hobby in general to say to read blogs.

      Delete
  3. Saya setuju sama sekali dengan pendapat yang diberikan oleh Mei Sann dan Junner. Kadang-kadang blog bukanlah satu saluran popular untuk menyalurkan mesej yang dikongsikan oleh penulis. Hal ini disebabkan oleh aplikasi Facebook merupakan satu saluran media yang menjadi tumpuan pengguna pada masa kini. Seperti yang diperkatakan oleh Junner, di mana kemungkinan blog digunakan oleh segelintir individu di mana ianya bertujuan diari semata-mata. Sama seperti blog Cik Epal dan Women’s Health ini di mana mereka menyampaikan informasi tentang aspek yang tertentu bagi tatapan umum.
    Secara tidak sedar, informasi yang disalurkan dapat membantu orang yang memerlukan seperti resepi membuat kek, kaedah yang digunakan dan cara-cara untuk membuat kek.

    ReplyDelete
  4. Seperti dengan PeiJun, saya juga bukan seseorang yang suka melayari blog. Saya lebih berminat dalam melayari berita online ataupun website-website tertentu untuk menambahkan pengetahuan. Bagi saya, kebanyakan informasi dalam blog tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi. Oleh itu, sesetengah maklumat yang disebarkan melalui blog berkemungkinan besar adalah cerita palsu dan hanya semata-mata untuk menarik perhatian orang ramai dan menimbulkan huru-hara dalam kalangan masyarakat. Contoh-contoh blog sebegini ialah blog politik dan blog yang berteraskan ekonomi. Walaupun begitu, bukan semua blog menyebarkan informasi yang palsu, terdapat juga blog yang informatif seperti apa-apa yang Ika kongsikan.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Ya. sama pendapat dengan Junner and Chan HooiSin, saya tidak pernah melayari blog orang lain. Saya hanya mengutamakan maklumat yang saya gemari bukan laman web tertentu. Pada pendapat saya, maklumat atau informasi yang saya ingin tahu tidak kira boleh didapati dari mana-mana laman web. Asalkan saya boleh mendapat maklumat yang saya ingin tahu. Seperti yang Tan Mei Sann berkata setiap laman web yang dipamerkan mempunyai tujuan yang tertentu dan mesej yang ingin menyampaikan kepada pembaca. Tetapi saya lebih berminat dalam melayari laman web tertentu seperti saya lebih minat dalam fesyen dan merujukan model-model dalam majalah atau laman web dari orang tertentu.

    ReplyDelete