Sunday, 10 May 2015

Permainan Tradisional vs Moden

Pada abad ke-21 ini, kehidupan kita lebih cenderung kepada era teknologi. Kehidupan kita yang semakin dipengaruhi arus globalisasi dan modenisasi menyebabkan kebudayaan hampir ditelan zaman. Tidak hairan kanak-kanak pada abad ini telah bermain dengan permainan yang moden seperti PS, X-Box, permainan di telefon bimbit dan sebagainya dan jauh berbeza dengan kanak-kanak yang bermain permainan tradisional seperti wau, gasing dan congkak. Pada zaman era globalisasi kini, kanak-kanak lebih memilih untuk bermain permainan online games berbanding permainan tradisional. Kenapa? Sebagaimana kajian dalam dan luar Negara menjelaskan bahawa penggunaan multimedia seperti yang terdapat dalam online games ini lebih mampu untuk mempengaruhi minat mereka (Jamaluddin 2001) sehingga mengabaikan kepentingan komunikasi antara satu sama lain. Perbezaan ketara yang dapat kita lihat permainan yang sihat adalah seperti gambar di bawah:


Permaianan Tok Harimau yang dimainkan oleh kanak-kanak ini mempunyai komunikasi yang sihat antara satu sama lain


Sekumpulan kanak-kanak yang sibuk bermain dengan gadget sendiri tanpa menghiraukan kawan lain


Perkembangan dunia dibawa arus globalisasi menyebabkan kebudayaan Negara semakin tenggelam. Negara Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya dan etnik mampu tinggal bersama tanpa konflik adalah satu hasil sumbangan aspek permainan tradisional. Namun, ia semakin lapuk. Kini, online games mempunyai kadar statistic yang tinggi disebabkan faktor keluarga di mana ibu bapa menyediakan pelbagai media di rumah termasuklah televisyen, komputer, pemain DVD dan kabel internet. Pemilikan media seperti ini jelas membuktikan tidak ada lagi sebab bagi kanak-kanak untuk bermain permainan tradisional.

Melalui perkembangan permainan ini, pelbagai masalah yang timbul. Termasuklah kesihatan, masa dan komunikasi dua hala juga tidak disemai. Banyak kajian yang telah membuktikan ramai dalam kalangan kanak-kanak daripada semua peringkat umur banyak menghabiskan masa dengan bermain permainan elektronik (Roberts, Foehr, & Rideout, 2005; Rideout & Hamel, 2006; Rideout, Vandewater, & Watella, 2003). Oleh disebabkan itu, perkembangan media seperti ini juga mempunyai kebaikan yang tersendiri dan keburukan juga timbul jika ianya disalahguna.


Rujukan

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia Satu Pendekatan Sistematik. Selangor : Venton Publishing (M) Sdn Bhd.

Rideout, V. J. & E. Hamel. 2006. The Media Family: Electronic Media ini the Lives of Infants, Toddles, Preschoolers and Their Parents. Menlo Park, CA: Kaiser Family Foundation.

Rideout, V. J., Vandewater, & Watella. 2003. Zero to Six: Media Use in the Lives of Infants, Toddlers, and Preschoolers. Menlo Park, CA: Kaiser Family Foundation.

Roberts, D. F., U. G. Foehr, & V. J. Rideout. 2005. Generation M: Media in the Lives of 8-18-yearolds. Menlo Park, CA: Kaiser Family Foundation.

8 comments:

  1. Well I agree part of it, new trend of gaming, including video games, Internet games, phone apps games, is no doubt that had replace the traditional game, but not all of it will harm our health, for example like sports game from wii or play station is actually good to burn calories and exercise our body.

    online puzzle and maze game could be good to children as it helps to educate them, it is more convenient as you do not need to buy a book specifically for cross word puzzle, you can play it with your gadgets anywhere.

    The most important things is to chose the suitable game for your children.

    Is true that we play less outdoor games now, but less does not mean not at all, children now still go for football, swimming and all, it just that with technology advancing Teh have more choices do their leisure time.

    For me, is not so big deal, just a relaxation and hobby related topics, the most important things is, have fun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well said Jden, most importantly is have fun. Anyways, kids still have co-curricular activities though. Online games can be an option but they can still go out for outdoor games, or some who doesn't like the sun can have indoor board games as well.

      Delete
  2. Ya. Saya setuju dengan Fatmah bahawa budak-budak sekarang jarang lagi bermain permainan tradisional ataupun terlibat dalam aktiviti luar dengan kawan-kawan. Mereka lebih suka bermain dengan gajet elektronik seperti komputer, komputer riba dan telefon bimbit yang sebenarnya membawa kesan negatif kepada kesihatan dan juga menjejaskan interaksi dengan lain. Saya berpendapat bahawa peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam menangani masalah ini. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah menghalang anak-anak mereka daripada sentiasa berdepan dengan gajet elektronik dan mengalakkan mereka bermain permainan tradisional. Pihak sekolah juga perlulah mengadakan kelas atau subjek yang berkenaan dengan permainan tradisional supaya permainan tradisional tidak tenggelam pada masa depan.

    ReplyDelete
  3. In respond to this post, I would like to say, parental guide is significantly impact on this issue in controlling their child's behavior.

    I believe all are aware of the famous mural art in Ah Quee Street, Penang, which now has become an attractive spot in Penang tourism. This photo was taken, few years back, in the second millennium. It was a scene captured in real by a photographer and then being drew as wall mural in street in Penang.

    The father of these kids were than being interviewed by a press company. During the interview, he said, he is intentionally to let his children live in a gadget-free environment so that his children may enjoy the life to the fullest, at least in their age of young, without intervention of digital gadget.

    Through this incident, I would like to say, whatever phenomenon which threatening this society is due to the allowance and acceptance to the change without any defensive voices.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I make a correction here, the mural is located in Armenian Street but not Ah Quee Street.

      Sorry for the wrong information provided.

      Delete
  4. Saya setuju dengan pendapat Fatmah mengenai kanak-kanak sekarang lebih memilih online games sebagai aktiviti mereka. Mereka tidak lagi memandang permainan tradisional yang popular pada zaman dahulu. Memang tepat sekali bahawa ibu bapa adalah punca utama kanak-kanak kini lebih bebas dalam menggunakan permainan online games ini. Hal ini disebabkan kanak-kanak kini terdedah dengan gadjet-gadjet dan kurang pengawasan dari ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa perlulah tegas dalam mendidik dan mengawal anak anak kerana dengan teknologi yang begitu canggih ini akan dapat melalaikan anak-anak dan kesihatan mereka. Ibu bapa juga perlu mendedahkan anak-anak dengan permainan tradisional zaman dahulu agar tidak begitu taasub dengan online games sahaja.

    ReplyDelete
  5. Memang tidak dapat dinafikan permainan tradisional tidak mendapat sambutan yang sebaik seperti tahun-tahun yang lalu. Hal sedemikian berlaku kerana perkembangan teknologi yang mendadak. Permainan moden yang kini semakin menarik menjadi taggihan semua orang. Walaupun terdapat banyak statistik yang mengatakan ketagihan kepada "Online Game" membawa padah, tetapi jikalau dipertikaikan secara mendalam, apakah jenis taggihan yang tidak memberi keburukan? Apa-apa sahaja yang dilakukan secara melampau akan memberi kesan buruk kepada kita. Permainan moden dan tradisional boleh memberi lebih banyak pilihan kepada individu. Individu yang minat akan permainan tradisional, akan tetap memilih permainan tradisional. Seperti saya sendiri, yang gemar bermain congkak dan batu seremban sejak kecil lagi. Pada masa yang sama, permainan moden juga tidak dilupakan. Oleh itu, permainan moden bukanlah semata-mata membawa keburukan sahaja.

    ReplyDelete
  6. Kanak-kanak zaman ini telah melupakan permainan tradisional seperti permainan sembunyi-sembunyi, gasing, yoyo cina, batu gunting kertas dan sebagainya. Kewujudan perkembangan teknologi, kanak-kanak mempunyai banyak pilihan dalam permainan tradisional dan moden, Walaupun permainan tradisional hampir dilupakan oleh kana-kanak zaman sekarang tetapi permainan tradisional seperti "che ling" juga dipupuk semula semasa menjalankan aktiviti kubudayaan dalam universiti atau sekolah. Sebaliknya, permainan moden seperti online game yang senang didapati dan dimuat turun secara percuma. Adik sepupu saya yang berumur 3 tahun amat pandai bermain online game seperti Temple Run dan Sonic Dash. Online game seperti Candy Crush Saga amat menarik remaja dan warga tua seperti ibu bapa saya kerana permainan ini hanya mengalihkan gerakan gula-gula yang berwarna-warni dengan senang. Permainan tradisional digantikan oleh online game disebabkan oleh kemajuan teknologi tetapi tidak perlu menghilangkan permainan tradisional pemerintah. Pada pendapat saya, permainan tradisional diharapkan bersaing dalam masyarakat yang berteknologi supaya tidak menghilangkan perannya di masyarakat kita.

    ReplyDelete